Sunday, October 23, 2011

Sapa berminat nak kerja kat google?

http://blogserius.blogspot.com/Jom apply ramai-ramai!




Siapakah yang membunuh Hasan Al Banna?

Dokumentari sejarah dalam bahasa Indonesia yang membongkar siapakah yang membunuh Hasan al Banna.

Monday, October 17, 2011

How to Build a Solar Bottle Bulb 2.0 ( Updated English Version)



Di Filipina, sekumpulan pengkaji dari MIT menemui kaedah untuk membuat lampu dari botol pepsi yang menggunakan tenaga solar. Ini kerana di Filipina, kebayakkan rumah penduduk di luar bandar tidak mempunyai infrastruktur untuk memasang lampu elektrik. Kaedah ini sangat mudah dan bahan-bahannya mudah didapati. Lepas ini balik kampung boleh cuba. Jimat elektrik ooo. Mungkin GITN nak guna kaedah ini untuk projek solar akan datang.

Wednesday, October 12, 2011

Aksi salah seorang peserta demonstrasi rampas Wall Street

Minyak naik, tol naik, harga barang naik, cukai itu cukai ini tapi gaji tak naik. Macam mana kita nak hidup!



Sunday, September 25, 2011

Struggling Malaysian


Aku rasa aku pun turut berkongsi permasalahan yang sama yang dihadapi oleh pemuda ini. Inilah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang baru bekerja. Bayangkan kalau kerja kat KL dengan gaji RM 2500 contohnya banyak benda yang hendak dilangsaikan. Kena bayar parking, Tol, sewa rumah, minyak kereta, installment kereta, bil telefon, kad kredit dan macam-macam lagi. Ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Harga makanan semakin mahal, syakikat telco pula nak kenakan tax 6% untuk prepaid, cukai dinaikkan 6% tahun ini, GST hendak diperkenalkan dan banyak lagi. Aku rasa dah sampai masa untuk kerajaan,syarikat swasta dan GLC mengkaji semula gaji pekerja kerana kos hidup sekarang dah terlalu tinggi terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Undilah - English (Namewee Afdlin Shauki Kuli Pete Teo)


Klip video undilah ini adalah projek Pete Teo dan pelakon utamanya ialah Afdlin Shauki, Namewee dan lain-lain. Undilah sebelum pilihanraya supaya anda dapat memainkan peranan dalam menentukan masa depan negara ini. Lagipun pilihan raya nak dekat kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...