Thursday, July 28, 2011

Khan Academy dan pendidikan masa depan

Baru-baru ini aku diperkenalkan oleh ayah aku tentang sebuah laman web bernama khanacademy. Laman web ini mengandungi semua bahan pembelajaran dari matematik, fizik, kimia, sejarah dan sebagainya dalam bentuk video. Ianya dibangunkan oleh seorang anak muda bernama Salman Khan(bukan salman khan bollywood yer).

Wednesday, July 27, 2011

blog android

Hari ni aku update blog aku melalui phone menggunakan blog android.gara-gara geram dgn maxis broadband yg teramat slow terpaksa aku download blog android ni kat android market.ni kira macam Blogger version mobile lah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, July 22, 2011

Percutian di Jakarta dan Bandung part 1

Baru-baru ini aku berkunjung ke Jakarta dan Bandung. Ini kali pertama kau ke luar negara. Sebaik tiba di Jakatra kami disambut oleh pemandu pelancong di sana. Destinasi pertama kami adalah ke hotel askot untuk meletakkan semua barangan. Maklumlah nak berjalan takkan nak bawa barang banyak-banyak.

Hotel askot ini kawalannya agak ketat.Setiap kenderaan yang nak masuk akan di scan terlebih dahulu. Bilik kami sangat luas seakan-akan apartment dalam hotel. Ada 3 bilik, 2 bilik air,dapur dan ruang tamu. Selepas meletak semua barang kami pun berangkat ke Bogor. Apa ada di Bogor?. Disanalah terletak Taman Safari Indonesia. Perjalanan ke sana agak jauh dan menuju ke tempat itu seakan-akan mendaki. Namun sebaik tiba di sana pengawal bertanya kami orang mana. Pemandu kami kata orang sumatra. Namun sekali lihat mereka sudah tahu ini bukan orang Indonesia. Bayaran yang dikenakan kepada orang luar adalah sekali ganda!cis!. Tapi kami masuk juga akhirnya. Taman safari ini sangat besar dan pelbagai jenis binatang di dalamnya. Sebelum masuk aku sempat beli lobak merah untuk diberikan pada binatang tersebut. Berikut dimuatkan gambar-gambar taman safari tersebut.







Saturday, July 9, 2011

Kunjungan Edvin Van De Saar ke Menara TM

Pada minggu lepas, lagenda bolasepak Manchester United yang baru bersara Edvin Van De Saar

berkunjung ke Menara TM. Ini adalah siri lawatan beliau ke Asia. Lobi Menara TM penuh sesak dengan peminat-peminat Manchester United termasuklah aku.

Masing-masing berebut-rebut untuk mengambil gambar lagenda Man U yang mereka minati itu. Staff TM dan pelanggan TM diberikan peluang untuk bertemu dan mengambil gambar bersama Edvin Van De Saar.

Setelah menunggu agak lama, akhirnya aku mendapat peluang untuk meminta tandatangan beliau.

Malangnya aku tidak membawa t-shirt untuk ditandatangani, yang ada hanyalah handphone.Handphone pun handphonelah. Dengan selamba saja aku bagi handphone HTC desire aku kat Van De Saar. Apa lagi dia pun sign lah. Pas ni kalau aku nak jual hanset ni aku nak jual pada fan Man U. Boleh jual harga tinggi skit.hehehehe.

Saturday, July 2, 2011

Samsung Galaxy S II : The next king of android



Samsung baru saja melancarkan produk barunya iaitu Samsung Galaxy S II. Di antara semua syarikat telekomunikasi Maxis yang paling awal melancarkan pakejnya. Hanya serendah RM 1149(kontrak 2 tahun) anda sudah boleh memilki smartphone android yang hebat ini. Nak tahu lebih lanjut, anda boleh layari lama web maxis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...