Thursday, July 28, 2011

Khan Academy dan pendidikan masa depan

Baru-baru ini aku diperkenalkan oleh ayah aku tentang sebuah laman web bernama khanacademy. Laman web ini mengandungi semua bahan pembelajaran dari matematik, fizik, kimia, sejarah dan sebagainya dalam bentuk video. Ianya dibangunkan oleh seorang anak muda bernama Salman Khan(bukan salman khan bollywood yer).



Semuanya bermula apabila Khan mengajar sepupunya matemaik secara remote. Kemudian dia mula memuatkan video ke dalam youtube. Bermula menjadi rujukan hanya dari kalangan ahli keluarga videonya mula mendapat sambutan pelajar lain sehingga ribuan orang menonton videonya dalam satu hari. Sekarang khan academy mempunyai lebih dari 2400 video merangkumi pelbagai topik dan semuanya percuma. Bahkan para guru sekolah juga menggalakkan anak murid mereka menggunakan khan academy sebagai rujukan.

Usaha beliau mendapat perhatian. Baru-baru ini beliau mendapat pujian dari Bill Gates bahkan anak Bill Gates sendiri menjadikan khan academy sebagai laman web untuk mempelajari matematik. Salman Khan menerima anugerah Microsoft Tech award dan derma USD 1.5 juta untuk membantu mengoperasi laman web tersebut. Khan juga menerima sumbangan USD 2 juta dari Google.

Dengan adanya khan academy pelajar boleh mempelajari apa saja topik pada bila-bila masa. Mereka juga boleh membuat latihan dan bertanyakan soalan dalam video tersebut. Bahkan di US situasi sudah mula berubah. Kalau dahulu pelajar belajar di sekolah dan membuat homework di rumah. Sekarang dirumah belajar dan di sekolah membuat homework atau latihan.

Itulah sumbangan Salman Khan seorang anak muda genius yang baru berusia awal 30 an. Aku terfikir tidak adakah profesor kita yang bijak pandai dalam bidang sains dan matematik dan sebagainya untuk memberi sumbangan kepada pelajar Malaysia seperti yang dilakukan oleh Salman Khan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...