Sunday, September 25, 2011

Struggling Malaysian


Aku rasa aku pun turut berkongsi permasalahan yang sama yang dihadapi oleh pemuda ini. Inilah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang baru bekerja. Bayangkan kalau kerja kat KL dengan gaji RM 2500 contohnya banyak benda yang hendak dilangsaikan. Kena bayar parking, Tol, sewa rumah, minyak kereta, installment kereta, bil telefon, kad kredit dan macam-macam lagi. Ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Harga makanan semakin mahal, syakikat telco pula nak kenakan tax 6% untuk prepaid, cukai dinaikkan 6% tahun ini, GST hendak diperkenalkan dan banyak lagi. Aku rasa dah sampai masa untuk kerajaan,syarikat swasta dan GLC mengkaji semula gaji pekerja kerana kos hidup sekarang dah terlalu tinggi terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...