Thursday, May 26, 2011

Sunday, May 22, 2011

Superbike

Minggu lepas selepas solat jumaat aku lepak-lepak bersama kawan-kawan di lobby menara TM. Tiba-tiba aku terperasan ada pameran superbike di situ. Apa lagi aku pun terus serbu la sebab aku memang minat superbike ni. D isitu ada lebih kurang 4 atau 5 superbike yang dipamerkan. Harga pun boleh tahan la jugak. Dalam semua superbike tu ada dua yang aku berkenan dan rasa mampu bayar.heheh. Kedua-duanya jenama Kawasaki. Satu Kawasaki ninja dan satu lagi entah apa aku tak ingat namanya. Moto superbike ni boleh dibeli tanpa down payment. Kalau nak bayar down payment memang tak mampu la. Aku terkejut bila tengok bayaran ansuran boleh dibuat sehingga 20 tahun!.Mak ai.20 tahun tu. Tapi syarat nak beli moto ni mestilah berdaftar dengan koperasi TM iaitu Kota Emas dan yang boleh jadi ahli kopersi ni adalah staf TM saja. Kalau bukan staf TM aku tak tau harga dia macam mana. Kalau korang staff TM dan ahli Kota Mas boleh la beli moto superbike ni. Aku berkenaan moto Kawasaki yang  warna putih 500 cc tu. Tapi bayaran bulanan boleh tahan la untuk gaji aku yang tak seberapa ni walau untuk ansuran 20 tahun pun.huhu. Lagipun nak kena ambil lesen B full la pulak.Duit lagi. Kalau aku ambil Kawasaki Ninja yang 250 cc ni terus boleh bawa jer. Lepas ni Penang-KL takda hal la bro.Weekdays di KL.Weekend di Penang.Kat bawah ni aku letak gambar-gambar moto tu yang sempat aku ambil untuk tatapan korang.

Sunday, May 15, 2011

Minyak wangi

Semalam aku berkunjung ke Batu Ferinngi, Pulau Pinang untuk melihat barang-barang yang dijual disana. Aku singgah sekejap di sebuah kedai minyak wangi milik seorang Arab.Orang Arab ni fasih berbahasa Melayu sebab sudah lama tinggal di Malaysia. Macam-macam minyak wangi dijualnya. Dalam kedai tersebut tedapat seorang pembeli dari China. Aku tengok banyak betul minyak wangi yang dibelinya. Aku rasa mesti minyak wangi ni minyak yang istimewa.Kalau tak, takkan orang tu beli bukan main punya banyak. Aku cuba bau minyak kasturi dan memang baunya betul-betul wangi. Minyak kasturinya ada pelbagai jenis.Ada yang warna hitam, putih, kuning dan sebagainya. Kemudian dia mengeluarkan minyak kasturi salji. Warnanya seperti warna salji dan pekat.Aku pun cuba bau, masyaalah punyalah wangi. Terus aku beli walaupun agak mahal. Banyak jugala aku borong kat kedai tu. Dekat 6 botol aku beli.Wangi punya pasal.hehe.Jadi kalau korang mai Penang jangan lupa singgah Batu Feringgi..


Saturday, April 30, 2011

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN YDP PAJIM ENCIK JAAFAR BIN OSMAN

ISU PEROBOHAN KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU ATAS NAMA PEMBANGUNAN OLEH PARA PEMAJU YANG TERLIBAT. APA TINDAKAN KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PUSAT  TERUTAMA AGENSI-AGENSI MELAYU. KENYATAAN DITUJUKAN UNTUK ISU KAMPUNG BUKIT KECIL SUNGAI NIBONG PULAU PINANG BERTARIKH 26 APRIL 2011.

Sehinga kini masih tidak ada sebarang tindakan daripada pihak kerajaan pusat bagaimana hendak menyelamatkan tanah –tanah milikan Melayu yang kian berkurang daripada terus berpindah tangan  dibeli oleh pemaju terutama daripada luar negara.

Kemudian projek perumahan yang dibuat berharga ratusan ribu hingga jutaan ringgit. Langsung tidaka da kawalan tanapa  penyertaan Melayu di dalam projek tersebut.

Mengikut tinjauan yang saya buat di kawasan projek perumahan mewah yang dibuat berskala kecil 10-20 buah rumah bungalow.Tidak memerlukan pemaju membina rumah kos sederhana. Hal ini rancak dibangunkan di daerah barat daya P.Pinang,kubu Melayu bermajoriti.

Kawasan majoriti Melayu kini menjadi sasaran  seperti di Teluk Kumbar, Sungai Ara dan kini tertumpu di Balik Pulau. Bila tanah-tanah  kampung Melayu dibeli penduduk asalnya terpaksa berpindah.

Trenda ini telah pun berlaku di Jelutong, Sungai Pinang, Kelawai dan kawasan pusat bandar. Hampir tidak ada lagi Melayu di pusat bandar.

Saya menggesa :

PERTAMA -   Agensi-agensi  kerajaan seperti Kazanah Nasional, Mara,Petronas dsbya tolong beli tanah-tanah tersebut untuk simpanan masa depan. Tanah-tanah tersebut amat baik  dibeli dan diwakafkan kepada umat Islam yang daif. Satu bentuk amal jariah.

KEDUA -  Gunakan peruntukan Baitul Mal dan zakat untuk membangunkan  tanah-tanah tersebut bagi kebajikan  umat Islam. Kitakan sudah merdeka dan memerintah mengapa keadaan berlaku sebaliknya.Dulu salahkan penjajah kini nak salahkan  siapa pula.

KETIGA - Para korprat yang kaya raya atas nama bumiputera patut bersyukur dengan mewakafkan sedikit harta untuk menyelamatkan tanah-tanah Melayu di P.Pinang.

Ingat prinsip Islam dalam harta orang kaya ada bahagian orang miskin sebagai hak Allah. Jika para hartawan berpakat  dan GLC bertindak isya Allah satu dua keping tanah dapat diselamatkan.

KEEMPAT - DEB mesti dihidupkan semula terutama di P.Pinang dengan mensyaratkan pemaju yang membeli tanah-tanah milikan Melayu mesti membina 30 % bangunan untuk menempatkan Melayu di kawasan yang dimajukan.

Dasar ekonomi yang baik mesti ada campur tangan kerajaan untuk memperbetulkan kreadaan supaya terjamin keadilan untuk semua. 




PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA: Kenyataan Media : Saya yakin dalam video itu bukan Anwar

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA: Kenyataan Media : Saya yakin dalam video itu bukan Anwar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...