Monday, September 19, 2011

Mat Indera bukan pengkhianat negara

Berikut adalah sedutan forum yang diadakan di KL baru-baru ini yang membicarakan tentang Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Ianya dihadiri oleh Mat Sabu, Prof Aziz Bari dan Hishamuddin Rais.

Friday, September 16, 2011

Forum umum : Peranan golongan kiri

Semalam aku menghadiri satu forum iaitu peranan golongan kiri dalam sejarah kemerdekaan negara kita. Antara ahli panel ialah Dr Rohana iaitu Presiden PRM, Hishammudin Rais dan beberapa ahli akademik yang aku tak ingat nama mereka. Mereka mengatakan yang peranan golongan kiri tidak dapat dinafikan kerana mereka juga berjuang menentang British dengan cara mereka sendiri iaitu dengan mengangkat senjata.




Antara anli panel yang mencuit perhatian ialah saudara Hishammudin Rais iaitu seorang aktivis politik yang terkenal. Beliau menyentuh mengenai isu yang hangat diperkatakan sekerang iaitu tragedi Bukit Kepong. Antara fakta menarik ialah peritiwa tersebut berlaku pada 23 Februari 2011 1950, tujuh tahun sebelum merdeka. Kerajaan pada masa itu ialah British. Perkataan polis masa itu tidak digunakan lagi. Pegawai-pegawai tersebut di panggil mata-mata. Tempat tersebut pada masa itu dikenali sebagai rumah pasong, bukannya balai polis. Ketua rumah pasong tersebut pada masa itu ialah seorang pegawai keturunan Inggeris.



Oleh itu, serangan yang diketuai oleh Mat Indera adalah serangan yang dilancarkan terhadap British yang merupakan penjajah pada masa itu. Ini berbeza dalam filem Bukit Kepong yang dipaparkan saban tahun. Ternyata filem tersebut terlalu memihak kepada UMNO. Maklumlah yang menerbitkannnya juga orang UMNO iaitu Datuk Jins Samsudin.



Saudara Hishamudin Rais mengucapkan terima kasih kepada Mat Sabu dengan ucapannya yang kontroversi itu telah memecahkan hegemoni Bukit Kepong. Iainya telah mencetuskan pelbagai forum, polemik dan memaksa kita mengkaji semula sejarah peristiwa tersebut. Nampaknya tindakan kerajaan yang menyerang Mat Sabu tanpa henti menyebabkan isu Bukit Kepong ini menjadi popular. Orang mula menilai semula filem tersebut berdasarkan fakta dan orang ingin mengetahui siapakah sebenarnya Mat Indera.




Saturday, September 10, 2011

Ceramah Mat Sabu yang dikatakan kontroversi



Inilah ceramah Mat Sabu yang dikatakan kontroversi dan mencetuskan polemik dikalangan ahli politik, profesor dan sejarawan negara kita. Tapi memang ketika itu Malaya belum merdeka kerana peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950. Ini bermakna kerajaan pada ketika itu adalah British dan pegawai Polis pada ketika itu adalah pegawai upahan British. haha.

Thursday, September 8, 2011

Wednesday, September 7, 2011

Motivasi hebat.Jangan mengalah sebelum bertempur.

Clip ini diambil dari filem facing the giant. Pasukan ini yang merupakan underdog akan menghadapi pasukan yang hebat dalam satu pertandingan. Kebanyakan dari ahli pasukan merasa ragu-ragu untuk mengalahkan pihak lawan. Oleh itu, coach pasukan tersebut hendak menaikkan semangat anak buahnya agar yakin bahawa mereka boleh mengalahkan pihak lawan. Biasanya latihan dilakukan dengan seorang membawa seorang lagi ahli pasukan diatas badan dan dibawa sepanjang 30 meter. Tapi dalam latihan ini, coach tersebut telah menutup mata salah seorang anak buahnya semasa mengangkat rakannya dan menyuruhkannya memberikan yang terbaik. Nak tahu apa yang berlaku sila lihat clip ini.hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...