Monday, April 18, 2011

Ceramah Bob Lokman di Surau Flora Damanasara

Sebentar tadi bekas juri raja lawak Bob Lokman berkunjung ke Surau Flora Damansara untuk memberikan ceramah agama. Antara perkara menarik yang diceritakan adalah pengalamannya di dalam industri hiburan. Beliau menceritakan bagaimana kehidupannya yang tidak mendapat ketenangan dan tidak tentu arah semasa berada di dalam industri tersebut. Selepas mendapat hidayah beliau cuba untuk terus berada didalam industri hiburan dengan mengekalkan keimanan. Tapi ternyata beliau gagal kerana dugaan yang dihadapi terlalu hebat. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk melakukan "emergency break" iaitu berhenti mengejut dari industri hiburan.

Dalam ceramahnya, dia memetik beberapa potong ayat Al Quran antaranya "Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka"(tak ingat surah apa). Dia memulakan dengan memperbaiki dirinya dahulu. Tidak cukup dengan itu ayat itu menyuruh kita melihat kepada orang yang dekat dengan kita iaitu keluarga kita.

Seterusnya dia memetik ayat "Wahai orang-arang yang beriman masuklah kamu kedalam Islam sepenuhnya dan jangan kamu ikut langkah-langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu".Dia menceritakan bagaimana kita hendak kenal jejak langkah syaitan. Caranya ialah dengan memasuki Islam secara total ataupun sepenuhnya. Sesudah itu kita akan dapat mengenal satu persatu jejak langkah syaitan yang harus kita hindari.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...