Tuesday, June 7, 2011

Muktamar PAS ke 57

Baru-baru ini berlangsung muktamar PAS ke 57 di Taman Melewati, Gombak. Ini pertama kali aku menghadiri muktamar tersebut. Aku bukanlah ahli parti politik PAS tapi aku pergi sebagai pemerhati.

Kami sampai seawal pagi hari. Kami bersarapan terlebih dahulu di kawasan sekitar itu dan untuk bertanyakan orang arah tempat tersebut.Maklumlah baru pertama kali sampai. Sebaik singgah di kedai makan mula kelihatan beberapa orang yang berkopiah putih. Aku rasakan ini mestilah ahli-ahli PAS. Aku menyapa seorang pakcik untuk bertanyakan jalan. Pakcik ini mempelawa kami sarapan bersama kerana diapun kebetulan hanya seorang saja. Kami pun bersembang-sembang dengan pakcik ini. Pakcik ini memang ahli PAS satu ketika dahulu tapi sekarang tidak aktif lagi. Dia lebih banyak menumpukan pada kerja-kerja kebajikan dan dakwah. Diselitkan juga ceritanya masa zaman muda dulu bagaimana perjuangannya dengan di dalam PAS. Dalam perbualan dengannya agak nampak sedikt kekecewaan padanya tentang suasana politik pada hari ini. Selepas sarapan kami pun minta diri untuk ke muktamar.




Sebaik sampai orang sudah ramai kelihatan. Diluar penuh dengan gerai.Gerai buku,cd, makanan dan macam-macam lagi. Cuaca pada pagi itu sangat terik. Berpeluh-peluh aku dibuatnya. Aku cuba untuk masuk ke dalam dewan tapi tak lepas kerana di dalam dewan hanya untuk perwakilan. Nak cari tempat duduk pun susah kerana orang terlalu ramai. Aku lari ke luar ke kedai buku sambil mendengar perwakilan meneruskan perbahasan. Keadaan di luar juga tidak selesa kerana cuaca yang begitu panas dan bersesak-sesak. Kira-kira jam 10 pagi keputusan pemilihan akan diumumkan.



Akhirnya pengerusi tetap membuat pengumuman barisan kepimpinan PAS untuk 2011-2013.Haji Hadi tidak dicabar, Mat Sabu menang sebagai timbalan menewaskan 2 lagi pencabar.Husam Musa, Salahudin Ayub dan Mahfuz Omar diangkat sebagai naib presiden.



Selepas pengumuman dibuat, ada yang kelihatan sudah pulang.Kerana keadaan tidak selesa muungkin aku rasa. Aku berpendapat Taman Melewati tidak sesuai lagi untuk dijadikan tempat bermuktamar. Dahulu ahli PAS sedikit kini sudah ramai. Bilangan perwakilan melebihi seribu orang.Rasanya PAS harus mencari tempat yang lebih selesa untuk mengadakan muktamar pada masa akan datang. Kerana tidak selesa dengan keadaan di luar dan dalam dewan akhirnya aku pulang.



Kepada barisan kepimpinan PAS yang baru selamat berjuang!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...