Friday, July 22, 2011

Percutian di Jakarta dan Bandung part 1

Baru-baru ini aku berkunjung ke Jakarta dan Bandung. Ini kali pertama kau ke luar negara. Sebaik tiba di Jakatra kami disambut oleh pemandu pelancong di sana. Destinasi pertama kami adalah ke hotel askot untuk meletakkan semua barangan. Maklumlah nak berjalan takkan nak bawa barang banyak-banyak.

Hotel askot ini kawalannya agak ketat.Setiap kenderaan yang nak masuk akan di scan terlebih dahulu. Bilik kami sangat luas seakan-akan apartment dalam hotel. Ada 3 bilik, 2 bilik air,dapur dan ruang tamu. Selepas meletak semua barang kami pun berangkat ke Bogor. Apa ada di Bogor?. Disanalah terletak Taman Safari Indonesia. Perjalanan ke sana agak jauh dan menuju ke tempat itu seakan-akan mendaki. Namun sebaik tiba di sana pengawal bertanya kami orang mana. Pemandu kami kata orang sumatra. Namun sekali lihat mereka sudah tahu ini bukan orang Indonesia. Bayaran yang dikenakan kepada orang luar adalah sekali ganda!cis!. Tapi kami masuk juga akhirnya. Taman safari ini sangat besar dan pelbagai jenis binatang di dalamnya. Sebelum masuk aku sempat beli lobak merah untuk diberikan pada binatang tersebut. Berikut dimuatkan gambar-gambar taman safari tersebut.







2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...